Khidmat Perundingan

Program Khidmat Perundingan

Program khidmat perundingan peruncitan melibatkan bimbingan pakar untuk peningkatan perniagaan runcit anda.

Program ini melibatkan mentor berpengalaman memberi nasihat, strategi dan sokongan kepada pemilik perniagaan peruncitan. Dengan akses kepada pengetahuan industri serta pengalaman mendalam, program ini dapat membantu peniaga memaksimumkan potensi perniagaan mereka.

Berikut ialah senarai khidmat perundingan yang ditawarkan:

Merangka strategi untuk perniagaan runcit agar peserta dapat meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan mereka.

Menyediakan garis panduan sesuai dengan situasi perniagaan yang sedia ada bagi meningkatkan kecekapan kerja.

Penerangan dan bimbingan kepada peserta dan pasukan prosedur yang berkaitan untuk diamalkan.

Menyemak semula pematuhan oleh peserta bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Skop kerja akan diperincikan sebagai panduan kepada kedua-dua belah pihak bagi memudahkan pelaksanaan.

Yuran khidmat perundingan adalah sangat minima untuk setiap tugasan tertakluk kepada jarak, tempoh dan kekerapan lawatan dan jenis permasalahan yang dihadapi.

Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Perundingan?

Pendaftaran adalah mudah. Sila klik butang Whatsapp di bawah dan isikan maklumat seperti berikut:

Nama peserta.

Nombor untuk dihubungi.

Alamat perniagaan beserta gambar.

Permasalahan yang dihadapi.

** Pihak kami akan menghubungi semula dengan seberapa segera.