Mentor-Mentee

Program Mentor-Mentee

Program mentor-mentee dalam bidang peruncitan adalah inisiatif di mana seorang individu yang lebih berpengalaman dalam industri peruncitan (mentor) memberi bimbingan, nasihat, dan sokongan kepada seorang individu yang kurang berpengalaman atau baru dalam industri ini (mentee).

Tujuannya adalah untuk memfasilitasi pertukaran pengetahuan, pengalaman, dan keterampilan antara mentor dan mentee, serta membantu mentee memperoleh pandangan yang lebih mendalam tentang industri peruncitan dan mengatasi cabaran yang dihadapi dalam membangunkan atau menguruskan perniagaan peruncitan. Program khidmat perundingan peruncitan melibatkan bimbingan pakar untuk peningkatan perniagaan runcit anda.

Berikut ialah butiran lanjut mengenai program ini:

Pemilik kedai runcit terpilih atau peserta (mentee) akan dibimbing terus oleh pembimbing (mentor).

Tempoh program bergantung kepada keperluan oleh peserta yang berjalan antara 2 bulan ke 6 bulan bergantung kepada berapa cepat penyerapan ilmu dan tindakan yang dibuat.

Buat permulaan (bagi tahun 2024), tempat yang dipilih adalah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Kaedah bimbingan adalah dengan melawat kedai terlibat, mengenal pasti masalah yang dihadapi, menyediakan lapuran bertulis serta tindakan pembaikan oleh peserta.

Kekerapan lawatan bergantung kepada permasalahan yang dihadapi dan permintaan oleh peserta.

Yuran bimbingan adalah sangat minima untuk setiap lawatan tertakluk kepada jarak, tempoh lawatan dan jenis permasalahan yang dihadapi.

Berminat Untuk Menyertai Program Mentor-Mentee?

Pendaftaran adalah mudah. Sila klik butang Whatsapp di bawah dan isikan maklumat seperti berikut:

Nama peserta.

Nombor untuk dihubungi.

Alamat perniagaan beserta gambar.

Perkara utama yang hendak dipelajari.

** Pihak kami akan menghubungi semula dengan seberapa segera.